klik2 iklan nie yer..tq

Thursday, April 29, 2010

Temuduga Kementerian Kesihatan


Semalan daku terima surat panggilan temuduga dr KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA untuk jawatan kt atas tu.Sebenarnya daku apply dah lama bulan 5 tahun 2009...saja suka2..masa tu daku tengah menanam anggur yang tak berbuah2..tak sangka plak dapat..tp jawatan yang ditawarkan tu daku kurang berminat skit..daku apply dulu bnyak jawatan..first pilihan bahagian pentadbiran kerani...mungkin tak da rezeki kot lg untuk jawatan kerani..Daku pun dok berkira2 gak nie sama ada nak pergi atau tak?

P/S :-tengah pening kpala nak buat keputusan...pergi ke tak..pergi ke tak?apa pendapat korang?

DECO Wall Sticker








p/s:- sangat cantik deco kt atas tu..tak sabar rasa nya nak design bilik kita...korang rasa yang mana cantik n sesuai ekk ?daku suka yang bunga color pink..cantik bangat...

Wednesday, April 28, 2010

Cucuk Setahun


Malam nnt nak bawa alieya g klinik untuk cucuk setahun..sebenarnya daku nak bawa alieya dah lama dah masa alieya masuk setahun tp disebabkan alieya asyik demam..pastu demam campak n last masuk wad aritu..tu yg jadi tertangguh..So malam nie daku gan hubby nak g bawa alieya cucuk coz alieya dah sihat sepenuhnya...alhamdulillah..harap2 malam
nie alieya tak la meragam yer...anak mama kan baik...hii.hii..jgn nangis tau sayang..

p/s :- ujung minggu nie cuti 2 hari...nak deko bilik.sgt teruja wokeh..angan2 nak tampal wall sticker..nak kena p cari petang nnti..Zassss.....

Aku Rindu Sama Kamu.........................


p/s:-Alieya...Mama Rindu Alieya.....petang nnti lepas mama blik keja kita g jalan2 ekkk sayang..

Monday, April 26, 2010

Alieya Di Wad


p/s :- tengah gigih nak tempek gambar alieya kt wad aritu..tp tenet lambat plak..satu pic pun jenuh menunggu..nnt klu sempat daku tempek lain yer...korang tunggu je la ekk.. :-)

Wednesday, April 21, 2010

DEMAM PANAS

DEMAM PANAS

Demam selalunya berlaku kerana adanya jangkitan kuman bakteria ataupun virus. Antara tanda-tamda demam ialah suhu badan yang melebihi 37 darjah celcius, bayi berpeluh lebih daripada biasa dan kelihatan tidak berapa selesa.

Sebab-sebab berlakunya demam (fever)


  • Jangkitan kuman bakteria atau virus.


  • Jangkitan pada bahagian telinga. Dalam keadaan ini bayi selalu memegang atau mencucuk-cucuk telinganya dengan jari. Bayi juga kerap terjaga malam dan menangis tanpa dapat dikawal. Keadaan ini selalu berlaku selepas bayi terkena selsema. Ubat decongestant mungkin diberikan bersama-sama antibiotik dalam keadaan ini.


  • Jangkitan pada bahagian dada. Bayi didapati bernafas lebih laju daripada biasa. Ia juga berlaku terutamanya selepas bayi terkena selsema.


  • Measles. Di samping demam, bayi juga mengalami rashes - tompok-tompok merah pada badannya. Bayi juga mungkin mengalami masalah batuk.


  • Meningitis. Ia berlaku bila ada jangkitan pada bahagian otak. Bayi anda akan merasa pening. Dalam keadaan ini, kemasukan ke dalam hospital mungkin perlu dibuat segera.


  • Gastroentritis. Antara tanda-tandanya ialah bayi mengalami cirit-birit dan / atau muntah. Ini boleh menyebabkan dehidrasi (pengeluaran cecair badan) yang memerlukan pengambilan oral rehydration salt atau kemasukan air secara injection.


  • Jangkitan pada mulut atau tekak. Bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk makan dan selalu menolak sekiranya anda ingin memberinya makan.


  • Terlebih panas (overheating) yang berlaku kerana pakaian yang dipasangkan terlebih tebal dsb.
     PETUA DEMAM PANAS



    Bagi anda yang ingin menurunkan suhu demam panas anak, ada satu petuayang boleh anda cuba. Lebih-lebih lagi kepada anda yang agak sukar untuk mendapatkan rawatan doktor. Mungkin atas sebab-sebab tertentu. Siapa tahu, kan? Ataupun kalau anda panik, sila tenangkan diri anda dan lakukanlah rawatan tradisional ni yer.


    1. Mula-mula sekali, sila ambil atau cari 3 helai daun sirih.


    gambar daun sirih 2
    Gambar hiasan - www.pnm.my



    2. Ramaskan daun sirih tu bersama-sama dengan sedikit air.


    3. Jaram*kan air daun sirih tadi kat kepala anak anda.


    4. Ulang melakukannya sehinggalah demam anak anda turun, ok. :)


    Selamat Mencuba!


    p/s: *Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4), jaram bermaksud benda (air daun-daun kayu dll) yang digunakan untuk menyejukkan kepala (apabila demam atau sakit kepala)

Alieya Masuk Wad Hospital Kepala Batas

Salam semua....n3 kali nie daku nak citer pasal Alieya kena masuk wad Hospitak Kepala Batas..Hari selasa malam rabu daku bawa alieya g klinik Bersatu sb badan alieya panas n muntah2..susu pun tak mau minum...masa kt klinik  doktor check semua bagai alieya demam panas sampai 40c..pastu doktor terus wat surat suruh p hospital..masa tu dah kul 8 mlm..daku gan hubby trus bawa alieya p spital...masa kt hospital org ramai sgt..daku tunggu sampai dekat 2 jam baru selesai semua nya...doktor terpaksa tahan alieya kt wad...sampai l a hari nie..alieya blom lg boleh kuar spital...kawan2 semua doakan la untuk alieya semoga cepat sembuh yer..nnti daku tempek pic alieya kt hospital yer..bye...

Monday, April 19, 2010

Funny!!

CONTEST MAI SECAWAN !!





Khasiat Kopi Radix:


Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang

Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.


Demam Panas

Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.


Ketumbuhan

Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.


Radix Untuk Kaum Wanita

Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.


Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi

Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.


Kopi Radix Untuk Tenaga

Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :

  • Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
  • Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
  • Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
  • Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
  • Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
  • Halban (IMUNITI).
  • Larak Hutan (KARDIOTONIK).

TOLONG....TOLONG..

Kawan2 ku...kenapa kt blog aku nie BLOG ARCHIVE dah tak ada..pening aku dok cari...kawan daku tau dak pasai apa jd lagu nie...kalau ada habaq mai sat kt daku cara nak bagi ada balik BLOG ARCHIVE nie...
PLZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ...HELP ME....

;-(


"Baby with Bear/ Ball Giveaway"



syarat syaratnya
1. be a follower to us..mummyayu.blogspotnottinetti.blogspot
2. link ke us..mummyayu.blogspot.com & nottinetti.blogspot
(syarat ni optional..nak link pun boleh, tak nak link pun boleh)
3. tepek banner kat blog you alls... (harus!!)
4. tepekkan sekeping sahaja (yg terbaik gitu) pic
anak anak, anak sedara, anak jiran yg di bawah 4 tahun
bersama teddy bear atau bola
(tak kisah macam mana aksi/posing..
janji nampak kanak kanak tu ngan bear/ball)
letakkan sekali nama & umur anak itu...
5. pemenang akan dibahagikan kepada 2 kategori
3 hadiah untuk baby with bear &
3 hadiah untuk baby with ball
(hadiah tambahan...suprise!!)
6. lepas dah siap semua..
tinggalkan link entry you all di komen box entry nie....
7. Giveaway ini adalah dari 1 April hingga 30 April 2010
lagie....itu ajer la kot...
so..jom reramai join yer....!!!

**************************************************************
nie dier pic alieya gan bear yg daku join dan pertaruhkan...


Nama :- Nur Alieya Adriana Binti Norhisham
Umur :- 1 tahun






Sunday, April 18, 2010

~ Baby's Special Post Contest ~


DAKU NAK  JOIN CONTEST NIE PLAK :-


Syarat2 nya ialah...

1. Add kan blog ini dalam blog anda and mesti jadik follower skali yer..
2. Terbuka pd bb berusia 6 bln - 4 tahun sahaja
3. Copy gambar di atas, letakkan kat side bar uols n kene link kan kat entry contest ni ekk..
4. Mesti uploadkan sekeping sahaja gambar pose menarik anak anda and citer sikit nape anda rase pose tuh menarik.. :)
5. Sila nyatakan nama anak, tarikh lahir, nama ibu n emel add ya..
6. Contest bermula dr 26 Mac hingga 25 April 2010 nih, insyaAllah, keputusan akan di keluarkan pada 26 April 2010 nnt ya
7. Yg paling penting, tgglkan entry anda di ruangan comment ya!!

Jom Tgok Pic yang di pertaruhkan :-

*
*
*
*
*
*


Nama Anak :- Nur Alieya Adriana Binti Norhisham
Tarikh  Lahir :- 09 March 2009
Nama Ibu :- Munirah
Email :- iera_gurl84@yahoo.com

Emm..saya rasa pose nie menarik sb alieya nampak cute dan fotogenik...leh jd model nie...hii.hiii..


Penang Botanical Garden (17/4/2010)





































My Family



Cak..hii.hiii




Alieya n Abah




Alieya n Mama


Alieya Kembali








p/s :- bnyak lg pic  nak upload..tunggu n3 terbaru ekk..

Saturday, April 17, 2010

Thursday, April 15, 2010

Kiah Perkasam











Tak SABAR daku nak tgok drama bersiri Kiah Perkasam.macam best je citer nie....lakonan Rozita Che Wan..jom kita pakat ramai2 tgok...jangan lupa Kiah Pekasam 19hb April Astro Prima...
9 malam ..selamat menonton....

Wednesday, April 14, 2010

Info Ruam


Ruam
Ruam merupakan masalah biasa di kalangan kanak-kanak. Ruam boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius, tetapi kebanyakannya adalah tidak merbahaya. Ada sebahagian daripadanya adalah serius dan memerlukan rawatan perubatan. Sebahagian ruam terjadi dan sembuh dengan cepat, manakala sebahagian daripadanya mengambil masa yang lama. Ada juga ruam yang terjadi sembuh dengan cepat dan ada juga yang ambil masa beberapa hari untuk sembuh.

Apakah jenis ruam yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak?
Terdapat berbagai jenis ruam termasuklah:
  • Ruam panas
  • Ekzema (inflamasi kulit secara superficial)
  • Kaligata (Urticaria)
  • Ruam alahan
  • Kontak dermatitis
  • Jangkitan kulat seperti panau dan kurap
  • Jangkitan seperti demam disebabkan virus, campak, rubella, virus yang tidak khusus dan demam denggi
  • Ruam lampin
  • Sengatan dan gigitan

Apakah tanda dan gejala?
Ruam ini biasanya berwarna merah, kering, bersisik dan gatal. Ruam yang serius boleh menyebabkan pembengkakan dan kemerahan.
Bagaimanakah ruam boleh dirawat?
  • Kebanyakan ruam sembuh secara spontan tanpa perlu dirawat
  • Rawatan bergantung kepada jenis ruam kulit . Kebanyakan ruam yang disebabkan oleh virus akan hilang secara spontan.
  • Rawatan diberi bertujuan untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak.
  • Dengan berjumpa doktor dapat mengenalpasti jenis ruam dan rawatan khusus boleh diberi.
  • Pakai pakaian yang sesuai dan mandikan bayi lebih kerap.
Tips Bagi Menghentikan Rasa Gatal
  • Mengambil ubat ‘antihistamine’ seperti yang diberi oleh doktor
  • Hindari keadaan panas dan lembab
  • Mandi dengan air sejuk dan jangan menggunakan sabun tetapi gunakan pelembab atau krim berminyak sebagai ganti
  • Gunakan pakaian yang sejuk dan kering di tempat yang gatal
  • Sapukan losen ‘calamine’ pada ruam
Bagaimanakah ruam boleh dicegah?
  • Bagi mereka yang alahan kulit, cuba hindari daripada bahan-bahan yang menyebabkan alahan.
  • Bagi ekzema, elakkan guna sabun kerana akan menyebabkan kering kulit. Gunakan pelembab atau bahan berminyak
  • Jangan gunakan pakaian tebal bagi bayi
  • Jika ruam disebabkan oleh alahan makanan, cuba elakkan makanan yang menyebabkan alahan.
p/s :- Badan alieya sekarang nie dah makin bnyak ruam...dah letak ubat mcm2 tp masih tak hilang..kawan2 ada tak cara nak hilangkan ruam nie?...konsi la cikit petua ekk?

Monday, April 5, 2010

MY FIRST EVER CONTEST MUKA GARANG SI KECIL




Syarat2nya??


  • Jadi follower blog ni LINA .
  • Copy banner kat atas dan letakkan kat side bar blog memasing berserta link ke en3 ini
  • Up load sekeping gambar anak yang umurnya antara 1bulan ke 3 tahun (muka kena serius or garang ye..)
  • Sertakan sekali nama penuh dan manja anak, tarikh lahir, nama ibu bapa dan email untuk dihubungi
  • Dah siap semuanya, tinggalkan komen kat entry ini berserta link sekali
  • Contest ini bermula pada 22 Mac-22 April (sebulan).
JOM TGOK PIC YANG DI PERTARUHKAN :-
 

NAMA :- NUR ALIEYA ADRIANA BINTI NORHISHAM
NAMA MANJA :- YAYA
TARIKH LAHIR :- 09 MARCH 2009
NAMA IBU :- MUNIRAH
NAMA BAPA :- NORHISHAM

Alieya 1 Tahun


time xda mood


senyum sokmo........... ;-)