klik2 iklan nie yer..tq

Wednesday, April 21, 2010

DEMAM PANAS

DEMAM PANAS

Demam selalunya berlaku kerana adanya jangkitan kuman bakteria ataupun virus. Antara tanda-tamda demam ialah suhu badan yang melebihi 37 darjah celcius, bayi berpeluh lebih daripada biasa dan kelihatan tidak berapa selesa.

Sebab-sebab berlakunya demam (fever)


  • Jangkitan kuman bakteria atau virus.


  • Jangkitan pada bahagian telinga. Dalam keadaan ini bayi selalu memegang atau mencucuk-cucuk telinganya dengan jari. Bayi juga kerap terjaga malam dan menangis tanpa dapat dikawal. Keadaan ini selalu berlaku selepas bayi terkena selsema. Ubat decongestant mungkin diberikan bersama-sama antibiotik dalam keadaan ini.


  • Jangkitan pada bahagian dada. Bayi didapati bernafas lebih laju daripada biasa. Ia juga berlaku terutamanya selepas bayi terkena selsema.


  • Measles. Di samping demam, bayi juga mengalami rashes - tompok-tompok merah pada badannya. Bayi juga mungkin mengalami masalah batuk.


  • Meningitis. Ia berlaku bila ada jangkitan pada bahagian otak. Bayi anda akan merasa pening. Dalam keadaan ini, kemasukan ke dalam hospital mungkin perlu dibuat segera.


  • Gastroentritis. Antara tanda-tandanya ialah bayi mengalami cirit-birit dan / atau muntah. Ini boleh menyebabkan dehidrasi (pengeluaran cecair badan) yang memerlukan pengambilan oral rehydration salt atau kemasukan air secara injection.


  • Jangkitan pada mulut atau tekak. Bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk makan dan selalu menolak sekiranya anda ingin memberinya makan.


  • Terlebih panas (overheating) yang berlaku kerana pakaian yang dipasangkan terlebih tebal dsb.
     PETUA DEMAM PANAS



    Bagi anda yang ingin menurunkan suhu demam panas anak, ada satu petuayang boleh anda cuba. Lebih-lebih lagi kepada anda yang agak sukar untuk mendapatkan rawatan doktor. Mungkin atas sebab-sebab tertentu. Siapa tahu, kan? Ataupun kalau anda panik, sila tenangkan diri anda dan lakukanlah rawatan tradisional ni yer.


    1. Mula-mula sekali, sila ambil atau cari 3 helai daun sirih.


    gambar daun sirih 2
    Gambar hiasan - www.pnm.my



    2. Ramaskan daun sirih tu bersama-sama dengan sedikit air.


    3. Jaram*kan air daun sirih tadi kat kepala anak anda.


    4. Ulang melakukannya sehinggalah demam anak anda turun, ok. :)


    Selamat Mencuba!


    p/s: *Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4), jaram bermaksud benda (air daun-daun kayu dll) yang digunakan untuk menyejukkan kepala (apabila demam atau sakit kepala)

3 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

aqish dulu pun demam panas disebabkan jangkitan kuman pada paru2...seminggu dok hospital...sedey macam2 kajian sepital wat

miera said...

tu la..miera pun risau gak nie..doktor cakap klu demam alieya dah kurang leh blik ptg nie...mudahan leh la blik..tak sanggup nak tgok alieya dibuat kajian oleh nurse gan doktor2 tu..

eB ezrin said...

mana nk carik daun sirih kat umah den nih?... hu3