klik2 iklan nie yer..tq

Monday, September 27, 2010

Penapis Air

 Entri kali ini tidak ada kena mengena dengan jualan produk penapis air. Saja je nak kongsikan pengalaman dan kebaikkan penapis air ini.
Untuk makluman air merupakan elemen penting untuk benda hidup yang berada dimuka bumi ini. Jika tiada air maka kehidupan tersebut akan mati atau terhenti tumbuh besaran mereka.
Jadi kajian kali ini. Apa bezanya air yang ditapis dengan air yang tidak ditapis. Jawapannya terlalu banyak antaranya ialah.
1. Air yang tidak ditapis walaupun nampak bersih dari pandangan mata kasar. Sebenarnya air tersebut mengandungi klorin yang tinggi yang boleh membawa penyakit dalam badan kita.
2. Air yang ditapis oleh penapis air adalah merupakan air yang segar dan bersih. Jika sayuran anda disiram dengan air tapisan tersebut. Sayuran anda akan kelihatan lebih segar berbanding dengan sayuran yang dicuci oleh air tidak bertapis.
3. Ambil contoh paling senang dan anda boleh melakukannya dirumah, cuba anda bandingkan menanak nasi dengan menggunakan air yang ditapis dan tidak ditapis. Nasi yang menggunakan air yang tidak di tapis akan menjadi basi terlebih awal berbanding dengan air yang ditapis.
Terdapat pelbagai produk penapis air yang berada dipasaran seperti katadyn, rx water, dr sukida, dan bermacam-macam lagi. Ada yang salesman siap datang ke rumah membuat promote lagi.
Walaubagaimana pun tidak salah mengeluarkan sedikit wang bagi menjamin keselamatan keluarga anda kerana air yang tidak dicuci atau ditapis berpotensi membawa penyakit didalam rumah anda.
p/s:-saya pun baru beli je beli penapis air nie yg jenis fungsi sejuk, panas dan suam.(memudahkan urusan seharian).seblom nie saya selalu amik air dr umah mak untuk buat minum..sb air paip umah saya sgt la kotor..air tak berapa elok..tak jernih..keruh ja..takut nak guna..(guna untuk mandi ja..)skrang nie macam2 penyakit kan..?

3 comments:

eB ezrin said...

hmmmm... harus dipikirkan nih...

10 said...

ya la air paip keroh la skrg ni...

miera said...

10~tu la aten..kt umah mmg air keroh..nak buat mnum mmg tak leh.setakat mndi je la..